[+] SMAKJ
monggo mampir: April 2006

Tuesday, April 04, 2006

Sabar Mencerminkan Keimanan



Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Allah berfirman dalam hadis qudsi yang bermaksud,” Tiada balasan bagi seseorang hamba-Ku yang telah Aku ambil kembali kekasihnya, kemudian orang itu mengharapkan pahala daripada-Ku melainkan orang itu akan mendapat balasan syurga.”

Riwayat Bukhari



HuraianPengajaran Hadith:

  1. i) Sabar ialah mengawal diri daripada kegelisahan dan menerima segala dugaan, rintangan dan segala suruhan Allah dengan hati yang tenang iaitu tidak merasa jemu dan berputus asa dalam menghadapi kesulitan hidup.
  2. ii) Kita hendaklah bersabar ketika menghadapi kematian suami, isteri, anak atau ibu bapa kerana semua makhluk adalah menjadi milik Allah. Malah kita dinasihatkan untuk berkata:” Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” (Maksud al-Baqarah :156)
  3. iii) Sabar perlu dilakukan sejak mula-mula menghadapi bala kesusahan kerana seseorang yang menghadapi kesusahan dengan penuh kesabaran akan dihapuskan dosanya dan dimasukkan ke dalam syurga.
  4. iv) Sesungguhnya setiap mukmin yang beriman kepada Allah, imannya belum dapat diperakui sebelum diuji keimanannya itu dan berjaya pula menghadapi dugaan tersebut di mana tiada balasan yang lebih besar di dunia dan akhirat daripada balasan bagi seseorang yang bersifat sabar dalam menghadapi bala ketika di dunia.
  5. v) Setiap ujian yang diturunkan oleh Allah mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Oleh itu untuk menjadi hamba Allah yang dikasihi, hendaklah kita bersedia menghadapi setiap ujian yang menimpa dengan penuh kesabaran, sebaliknya bagi seseorang yang tidak redha menerima ujian Allah, maka ia akan menjadi hamba yang dibenci serta jauh daripada rahmat Allah.

Monday, April 03, 2006

Saudara Muslim

Barangsiapa yang memperhatikan kepentingan saudaranya,maka Allah akan memperhatikan kepentingannya.Barangsiapa yang melapangkan suatu kesulitan sesama muslim,maka Allah akan melapangkan satu kesulitan dari beberapa kesulitan dihari kiamat.Dan barangsiapa yang menutupi keaiban orang lainmaka Allah akan menutupi keaibannya dihari kiamat.

(HR Bukhari dan Muslim)

Sunday, April 02, 2006

1 Minit Mengingati ALLAH

1 minit mengingati Allah.
Langkah 1:
Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih:

- SUBHANA'LLAH
- ALHAMDULI'LLAH
- LA I LAHA ILLA'LLAH
- ALLAHU AKBAR
- ASTAGHFIRU'LLAH
- LA ILAHA ILLA'LLAH, MUHAMMAD RASULU'LLAH
- ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA AALIHI WASAHBIH AJMA'EEN

Langkah 2:
Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataaan demi perkataan

* Langkah 3:
* Forward kepada sekurang-kurangnya 7 orang yang anda kasihi.

* Hasil 1:
* Dalam tempoh satu minit anda telah berjasa mengajak mereka untuk mengingat, berdoa dan bermunajat kepada ALLAH SWT.

* Hasil 2:
* Dalam tempoh satu minit anda telah berjasa mengajak mereka untuk mengingat, berdoa kepada Nabi Muhammad SAW.

* Hasil 3:
* Dalam masa satu minit sekurang-kurangnya 7 orang telah mendoakankesejahteraan untuk kamu dan di-AMIN-kan oleh para Malaikat.

Wallahua'lambissawab..

Powered by Blogger


Cursors