[+] SMAKJ
monggo mampir

Tuesday, April 04, 2006

Sabar Mencerminkan Keimanan



Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Allah berfirman dalam hadis qudsi yang bermaksud,” Tiada balasan bagi seseorang hamba-Ku yang telah Aku ambil kembali kekasihnya, kemudian orang itu mengharapkan pahala daripada-Ku melainkan orang itu akan mendapat balasan syurga.”

Riwayat Bukhari



HuraianPengajaran Hadith:

  1. i) Sabar ialah mengawal diri daripada kegelisahan dan menerima segala dugaan, rintangan dan segala suruhan Allah dengan hati yang tenang iaitu tidak merasa jemu dan berputus asa dalam menghadapi kesulitan hidup.
  2. ii) Kita hendaklah bersabar ketika menghadapi kematian suami, isteri, anak atau ibu bapa kerana semua makhluk adalah menjadi milik Allah. Malah kita dinasihatkan untuk berkata:” Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” (Maksud al-Baqarah :156)
  3. iii) Sabar perlu dilakukan sejak mula-mula menghadapi bala kesusahan kerana seseorang yang menghadapi kesusahan dengan penuh kesabaran akan dihapuskan dosanya dan dimasukkan ke dalam syurga.
  4. iv) Sesungguhnya setiap mukmin yang beriman kepada Allah, imannya belum dapat diperakui sebelum diuji keimanannya itu dan berjaya pula menghadapi dugaan tersebut di mana tiada balasan yang lebih besar di dunia dan akhirat daripada balasan bagi seseorang yang bersifat sabar dalam menghadapi bala ketika di dunia.
  5. v) Setiap ujian yang diturunkan oleh Allah mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Oleh itu untuk menjadi hamba Allah yang dikasihi, hendaklah kita bersedia menghadapi setiap ujian yang menimpa dengan penuh kesabaran, sebaliknya bagi seseorang yang tidak redha menerima ujian Allah, maka ia akan menjadi hamba yang dibenci serta jauh daripada rahmat Allah.

Monday, April 03, 2006

Saudara Muslim

Barangsiapa yang memperhatikan kepentingan saudaranya,maka Allah akan memperhatikan kepentingannya.Barangsiapa yang melapangkan suatu kesulitan sesama muslim,maka Allah akan melapangkan satu kesulitan dari beberapa kesulitan dihari kiamat.Dan barangsiapa yang menutupi keaiban orang lainmaka Allah akan menutupi keaibannya dihari kiamat.

(HR Bukhari dan Muslim)

Sunday, April 02, 2006

1 Minit Mengingati ALLAH

1 minit mengingati Allah.
Langkah 1:
Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih:

- SUBHANA'LLAH
- ALHAMDULI'LLAH
- LA I LAHA ILLA'LLAH
- ALLAHU AKBAR
- ASTAGHFIRU'LLAH
- LA ILAHA ILLA'LLAH, MUHAMMAD RASULU'LLAH
- ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA AALIHI WASAHBIH AJMA'EEN

Langkah 2:
Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataaan demi perkataan

* Langkah 3:
* Forward kepada sekurang-kurangnya 7 orang yang anda kasihi.

* Hasil 1:
* Dalam tempoh satu minit anda telah berjasa mengajak mereka untuk mengingat, berdoa dan bermunajat kepada ALLAH SWT.

* Hasil 2:
* Dalam tempoh satu minit anda telah berjasa mengajak mereka untuk mengingat, berdoa kepada Nabi Muhammad SAW.

* Hasil 3:
* Dalam masa satu minit sekurang-kurangnya 7 orang telah mendoakankesejahteraan untuk kamu dan di-AMIN-kan oleh para Malaikat.

Wallahua'lambissawab..

Friday, March 31, 2006

pesanan kita mendengar azan

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita.ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkandiri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya." Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya.Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut All! ah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. "Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin Yarobbal a'lamin.."

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.; Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Wang RM50 atau LE50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.
45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak.
Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya.
Kita boleh mengirimkan ribuan 'jokes' dan 'surat berantai' melalui e-mail tetapi bila mengirimkan yang berkaitan dengan ibadah seringkali berfikir 2 atau 3 kali.............

Thursday, March 30, 2006

sifat_sifat mazmumah

Antara puncanya adalah sifat mazmumah yg bersarang didalam hati.Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia dihati ialah :

1. Pemarah -
paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang.(sape nak dekat kalau asyik nak marah ajer..bawak2lahsenyum..tentu org tak takut nak dekat punyer..)

2. Pendendam -
tersembunyi iaitu ibarat mengumpullahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam walaupunsecara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab ituorang pendendam mudah kena sakit jantung. (ini kes dendam kesumat lahh nie..)

3. Hasad dengki -
amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. (takelok dengki mendengki nih..)

4. Bakhil -
sentiasa merasakan orang lain menginginkanharta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya.Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit.(rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsibersama..-derma)
** Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurahtetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Keranawalaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaatpada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allahberi melalui makhluk.

5. Tamak -
orang yang tidak puas dengan yang sedikitnescaya tidak akan puas dengan yang banyak keranadunia ini ibarat meminum air laut,walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak lagipun org tamak selalu rugi.. cam pantun zmn sekolah,dlm semak adaduri,ayam kuning buat sarang,org tamak selalu rugi,cam anjing ngan bayang-bayang
** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ)Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar -
andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.(oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapidugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain voguewalau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego -
ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. (yg nie no komen)..pasal semua org ader egonyasendiri..cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut

8. Riak -
terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada(harta,ilmu amal dll)

9. Cinta dunia -
tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. dan biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah
** Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana duniaitu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu,kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain sekian .
Nota: ****Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA.****

Tuesday, March 28, 2006

aduhai 4org isteriku...



Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri.Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yangbanyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemuaisterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaikuntuk isteri keempatnya itu.

Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga denganisterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganyaini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalauisterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.

Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandanganisterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong danmendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.

Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangatsetia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. dialah yangmerawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi sipedagang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitusayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu mempedulikannya.

Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masauntuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupanindahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini, aku punya empat orang isteri.Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika akuharus hidup sendiri."

Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya padaisteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun danperhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukan kau mendapingikudan menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu saja tidak!" jawabisterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaj tanpa berkata-kata lagi.Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus danmenghiris-hiris hatinya.

Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, "Aku punmencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kauikut denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri ketiganya menjawab,"Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati". Pedagangbegitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.

Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu berpaling padamusetiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, akuperlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut danmendampingiku?" Si isteri kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku?aku takmampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubursaje. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu."Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putusasa.

Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akanikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setiabersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteripertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus.Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang laluberguman, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu,tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku.

"Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yangkita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanyaakan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahandan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.

ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal,semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakankita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekathubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya.Hanya sampai kuburla mereka akan menemani kita.

DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kitasering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi.Namun, sebenarnya, hanya iman dan amal kita sajalah yang mampu untuk terussetia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampumenolong kita diakhirat kelak.Jadi, selagi mampu, perlakukanlah iman dan amal kita dengan bijak. Jangansampai kita menyesal kemudian hari!?

Monday, March 27, 2006

monggomampir

assalamualaikum...

hari ni aku cuba2 gatal2 tangan nak tulis blog.tengok kawan2 semua dah ada blog.jelous juga.walaupun aku ni bukan suka no nak menulis.tapi tak perlah.asahlah sikit2 idea yg tumpul.asyik nak ngasah pisau kat dapur.sesekali nak mengasah akal ni...sambil kongsi pengalaman dan ilmu yg ada.kan besttt.

imtihan tak sampai sebulan....persedian tak abis lagi...walaupun sem ni 2madah.berat juga.org kata yg madah sikitlah bahaya dari madah byk...hati ni dah tak sabar nak balik msia...rindu sgt2 kat mak,ayah dan adik2.bila tepon msia tak der pertanyaan lain"bila nak akak nak balik?sedih dengar.ikut kan hati pas peksa nak balik.tapi bila ingat2 tanggungjawab kat sini tak selesai pendamkan jerlah.cuba2 pujuk hati yg duka.kuatkan semangat.alhamdulilah mak dan ayah faham..tima kasih buat mak dan ayah tersayang yg sentiasa mendoakan dan memberi kata2 semangat.
tunggu tau kepulangan anakanda...

Powered by Blogger


Cursors